Flexmedia - Bismillahir-Rahmanir-Rahiim
Firman Allah Ta’ala yang artinya : “Allah telah menjadikan Kaabah,
rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.”
Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara
ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti
dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung di dalam ayat-ayat
suci Al-Quran Al-Karim.
Di antara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang artinya :
“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya
kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian
penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).”
(asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di
sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan
yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting
dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber
dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain
serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang artinya :
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi)
penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya
kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti
diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak
diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan
langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah
berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga
berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah,
tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan
tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad
S.A.W. bersabda maksudnya : “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang
Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada
tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota
Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu
dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr.
Mohamad Daudah)
Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah
adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun
yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat
bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar
angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi
ternyata bertumpu di kawasan yang sangat gelap, dan di manakah ia
berpusat?” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet,
tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti
ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan laman web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi
tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah.
Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak
berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet
Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim
mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan
antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu
ruang yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita
mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut
tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar
antara kedua kutub .
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup
lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak
kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah,
maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang
menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah
fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu
tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di
negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah)
dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut
bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih
daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya
hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di
bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)