KISAH ABU HANIFAH 1
Imam Abu Hanifah (80 – 150 H)
Imam Hanafi dilahirkan pada tahun 80 Hijrah bertepatan tahun 699
Masehi di sebuah kota bernama Kufah. Nama yang sebenarnya ialah Nu’man
bin Tsabit bin Zautha bin Maha. Kemudian masyhur dengan gelaran Imam
Hanafi. Imam Abu Hanafih adalah seorang imam Mazhab yang besar dalam
dunia Islam. Dalam empat mazhab yang terkenal tersebut hanya Imam Hanafi
yang bukan orang Arab. Beliau keturunan Persia atau disebut juga dengan
bangsa Ajam. Pendirian beliau sama dengan pendirian imam yang lain,
iaitu sama-sama menegakkan Al-Quran dan sunnah Nabi SAW.
Kemasyhuran nama tersebut menurut para ahli sejarah ada beberapa sebab:
· Kerana ia mempunyai seorang anak laki-laki yang bernama Hanifah, maka ia diberi julukan dengan Abu Hanifah.
· Kerana semenjak kecilnya sangat tekun belajar dan menghayati
setiap yang dipelajarinya, maka ia dianggap seorang yang hanif
(kecenderungan/condong) pada agama. Itulah sebabnya ia masyhur dengan
gelaran Abu Hanifah.
· Menurut bahasa Persia, Hanifah bererti tinta. Imam Abu Hanifah
sangat rajin menulis hadith-hadith, ke mana, ia pergi selalu membawa
tinta. Kerana itu ia dinamakan Abu Hanifah.
WAKTU KELAHIRAN
Waktu ia dilahirkan, pemerintahan Islam berada di tangan Abdul Malik bin
Marwan, dari keturunan Bani Umaiyyah kelima. Kepandaian Imam Abu
Hanifah tidak diragukan lagi, beliau mengerti betul tentang ilmu fiqih,
ilmu tauhid, ilmu kalam, dan juga ilmu hadith. Di samping itu beliau
juga pandai dalam ilmu kesusasteraan dan hikmah.
Imam Abu Hanifah adalah seorang hamba Allah yang bertakwa dan soleh,
seluruh waktunya lebih banyak diisi dengan amal ibadah. Jika beliau
berdoa matanya bercucuran air mata demi mengharapkan keredhaan Allah
SWT. Walaupun demikian orang-orang yang berjiwa jahat selalu berusaha
untuk menganiaya beliau.
SIFAT DAN KEBERANIAN DALA KEBENARAN
Sifat keberanian beliau adalah berani menegakkan dan mempertahankan
kebenaran. Untuk kebenaran ia tidak takut sengsara atau apa bahaya yang
akan diterimanya. Dengan keberaniannya itu beliau selalu mencegah
orang-orang yang melakukan perbuatan mungkar, kerana menurut Imam Abu
Hanifah kalau kemungkaran itu tidak dicegah, bukan orang yang berbuat
kejahatan itu saja yang akan merasakan akibatnya, melainkan semuanya,
termasuk orang-orang yang baik yang ada di tempat tersebut
Sebahagian dilukiskan dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bahawa bumi ini
diumpamakan sebuah bahtera yang didiami oleh dua kumpulan. Kumpulan
pertama adalah terdiri orang-orang yang baik-baik sementara kumpulan
kedua terdiri dari yang jahat-jahat. Kalau kumpulan jahat ini mahu
merosak bahtera dan kumpulan baik itu tidak mahu mencegahnya, maka
seluruh penghuni bahtera itu akan binasa. Tetapi sebaliknya jika
kumpulan yang baik itu mahu mencegah perbuatan orang-orang yang mahu
membuat kerosakan di atas bahtera itu, maka semuanya akan selamat.
Suatu hari Imam Abu Hanifah mendapat panggilan dari baginda Al-Mansur di
Baghdad, supaya ia datang mengadap ke istana. Sesampainya ia di istana
Baghdad ia ditetapkan oleh baginda menjadi kadi (hakim) kerajaan
Baghdad. Dengan tawaran tersebut, salah seorang pegawai negara bertanya:
“Adakah guru tetap akan menolak kedudukan baik itu?” Dijawab oleh Imam
Abu Hanifah “Amirul mukminin lebih kuat membayar kifarat sumpahnya
daripada saya membayar sumpah saya.”
Kerana ia masih tetap menolak, maka diperintahkan kepada pengawal untuk
menangkapnya, kemudian dimasukkan ke dalam penjara di Baghdad. Pada saat
itu para ulama yang terkemuka di Kufah ada tiga orang. Salah satu di
antaranya ialah Imam Ibnu Abi Laila. Ulama ini sejak pemerintahan Abu
Abbas as Saffah telah menjadi mufti kerajaan untuk kota Kufah. Kerana
sikap Imam Abu Hanifah itu, Imam Abi Laila pun dilarang memberi fatwa.
Pada suatu hari Imam Abu Hanifah dikeluarkan dari penjara kerana
mendapat panggilan dari Al-Mansur, tetapi ia tetap menolak. Baginda
bertanya, “Apakah engkau telah suka dalam keadaan seperti ini?”
Dijawab oleh Imam Abu Hanifah: “Wahai Amirul Mukminin semoga Allah memperbaiki Amirul Mukminin.
Wahai Amirul Mukminin, takutlah kepada Allah, janganlah bersekutu dalam
kepercayaan dengan orang yang tidak takut kepada Allah. Demi Allah saya
bukanlah orang yang boleh dipercayai di waktu tenang, maka bagaimana
saya akan dipercayai di waktu marah, sungguh saya tidak sepatutnya
diberi jawatan itu.”
Baginda berkata lagi: “Kamu berdusta, kamu patut dan sesuai memegang
jawatan itu.” Dijawab oleh Imam Abu Hanifah: “Amirul Mukminin, sungguh
baginda telah menetapkan sendiri, jika saya benar, saya telah menyatakan
bahawa saya tidak patut memegang jawatan itu. Jika saya berdusta, maka
bagaimana baginda akan mengangkat seorang maulana yang dipandang rendah
oleh bangsa Arab. Bangsa Arab tidak akan rela diadili seorang golongan
hakim seperti saya.”
Pernah juga terjadi, baginda Abu Jaffar Al-Mansur memanggil tiga orang
ulama besar ke istananya, yaitu Imam Abu Hanifah, Imam Sufyan ats Tauri
dan Imam Syarik an Nakhaei. Setelah mereka hadir di istana, maka
ketiganya ditetapkan untuk menduduki pangkat yang cukup tinggi dalam
kenegaraan, masing-masing diberi surat pelantikan tersebut.
Imam Sufyan ats Tauri diangkat menjadi kadi di Kota Basrah, lmam Syarik
diangkat menjadi kadi di ibu kota. Adapun Imam Abu Hanifah tidak mau
menerima pengangkatan itu di manapun ia diletakkan. Pengangkatan itu
disertai dengan ancaman bahawa siapa saja yang tidak mahu menerima
jawatan itu akan didera sebanyak l00 kali deraan.
Imam Syarik menerima jawatan itu, tetapi Imam Sufyan tidak mahu
menerimanya, kemudian ia melarikan diri ke Yaman. Imam Abu Hanifah juga
tidak mahu menerimanya dan tidak pula berusaha melarikan diri.
Oleh sebab itu Imam Abu Hanifah dimasukkan kembali ke dalam penjara dan
dijatuhi hukuman sebanyak 100 kali dera. Setiap pagi dipukul dengan
cambuk sementara dileher beliau dikalung dengan rantai besi yang berat.
Suatu kali Imam Abu Hanifah dipanggil baginda untuk mengadapnya. Setelah
tiba di depan baginda, lalu diberinya segelas air yang berisi racun. Ia
dipaksa meminumnya. Setelah diminum air yang beracun itu Imam Abu
Hanifah kembali dimasukkan ke dalam penjara. Imam Abu Hanifah wafat
dalam keadaan menderita di penjara ketika itu ia berusia 70 tahun.
Imam Abu Hanifah menolak semua tawaran yang diberikan oleh kerajaan
daulah Umaiyyah dan Abbasiyah adalah kerana beliau tidak sesuai dengan
corak pemerintahan yang mereka kendalikan. Oleh sebab itu mereka
berusaha mengajak Imam Hanifah untuk bekerjasama mengikut gerak langkah
mereka, dan akhirnya mereka seksa hingga meninggal, kerana Imam Abu
Hanifah menolak semua tawaran yang mereka berikan.
Sepanjang riwayat hidupnya, beliau tidak dikenal dalam mengarang kitab.
Tetapi madzab beliau Imam Abu Hanifah atau madzab Imam Abu Hanifah
disebar luaskan oleh murid-murid beliau. Demikian juga fatwa-fatwa
beliau dituliskan dalam kitab-kitab fikih oleh para murid dan pengikut
beliau sehingga madzab Imam Abu Hanifah menjadi terkenal dan sampai saat
ini dikenal sebagai salah satu madzab yang empat. Di antara murid
beliau yang terkenal adalah Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, yang
merupakan guru dari Imam Syafi’iy.
MENOLAK KEDUDUKAN
Sifat Imam Hanafi yang lain adalah menolak kedudukan tinggi yang
diberikan pemerintah kepadanya. Ia menolak pangkat dan menolak harta
yang diberikan kepadanya. Akibat dari penolakannya itu ia ditangkap dan
dimasukkan ke dalam penjara. Di dalam penjara ia diseksa, dipukul dan
sebagainya.
Gubernur di Iraq pada waktu itu berada di tangan Yazid bin Hurairah
Al-Fazzari. Selaku pemimpin ia tentu dapat mengangkat dan memberhentikan
pegawai yang berada di bawah kekuasaannya. Pernah pada suatu ketika
Imam Hanifah akan diangkat menjadi ketua urusan perbendaharan negara
(Baitul mal), tetapi pengangkatan itu ditolaknya. Ia tidak mahu menerima
kedudukan tinggi tersebut. Sampai berulang kali Gubernur Yazid
menawarkan pangkat itu kepadanya, namun tetap ditolaknya.
Pada waktu yang lain, Gubernur Yazid menawarkan pangkat Qadhi (hakim)
tetapi juga ditolaknya. Rupanya Yazid tidak senang melihat sikap Imam
Hanifah tersebut. Seolah-olah Imam Abu Hanifah memusuhi pemerintah,
kerana itu timbul rasa curiganya. Oleh kerana itu ia diselidiki dan
diancam akan dihukum dengan hukum dera. Ketika Imam Hanifah mendengar
kata ancaman hukum dera itu Imam Abu Hanifah menjawab: “Demi Allah, aku
tidak akan mengerjakan jabatan yang ditawarkan kepadaku, sekalipun aku
akan dibunuh oleh pihak kerajaan.” Demikian beraninya Imam Abu Hanifah
dalam menegakkan pendirian hidupnya.
Pada suatu hari Yazid memanggil para alim ulama ahli fiqih yang
terkemuka di Iraq, dikumpulkan di muka istananya. Di antara mereka yang
datang ketika itu adalah Ibnu Abi Laila. Ibnu Syblamah, Daud bin Abi
Hind dan lain-lain. Kepada mereka, masing-masing diberi kedudukan rasmi
oleh Gubernur
Ketika itu Gubernur menetapkan Imam Abu Hanifah menjadi Pengetua jawaban
Sekretarit Gubernur. Tugasnya adalah bertanggungjawab terhadap keluar
masuk keuangan negara. Gubernur dalam memutuskan jabatan itu disertai
dengan sumpah, “Jika Abu Hanifah tidak menerima pangkat itu nescaya ia
akan dihukum dengan pukulan.”
Walaupun ada ancaman seperti itu, Imam Abu Hanifah tetap menolak jawatan
itu, bahkan ia tetap tegas, bahawa ia tidak mau menjadi pegawai
kerajaan dan tidak mahu intervensi dalam urusan negara.
BELIAU DIPENJARA
Karena sikapnya itu, akhirnya ditangkap oleh gubernur. Kemudian
dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu, dengan tidak dipukul.
Lima belas hari kemudian baru dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah
itu baru dibebaskan. Beberapa hari sesudah itu gubernur menawarkan
menjadi kadi, juga ditolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi
hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali
pukulan. Namun demikian Imam Abu Hanifah tetap dengan pendiriannya.
Sampai ia dilepaskan kembali setelah cukup 110 kali cambukan.
Walaupun demikian ketika Imam Abu Hanifah diseksa ia sempat berkata.
“Hukuman dera di dunia lebih ringan daripada hukuman neraka di akhirat
nanti.” Ketika ia berusia lebih dari 50 tahun, ketua negara ketika itu
berada di tangan Marwan bin Muhammad. Imam Abu Hanifah juga menerima
ujian. Kemudian pada tahun 132 H sesudah dua tahun dari hukuman tadi
terjadilah pergantian pimpinan negara, dari keturunan Umaiyyah ke tangan
Abbasiyyah, ketua negaranya bernama Abu Abbas as Saffah.
Pada tahun 132 H sesudah Abu Abbas meninggal dunia diganti dengan ketua
negara yang baru bernama Abi Jaafar Al-Mansur, saudara muda dari Abul
Abbas as Saffah. Ketika itu Imam Abu Hanifah telah berumur 56 tahun.
Namanya masih tetap harum sebagai ulama besar yang disegani. Ahli fikir
yang cepat dapat menyelesaikan sesuatu persoalan.
demikian kisah singkat Al imamAbu hanifah ra semoga kita dapat mengambil pelajaran/ suritauladan dari beliau amin..lihat sumber :